MPPP - Denda RM1000 Jika tidak memasang Perangkap Minyak

MPPP - Denda RM1000 Jika tidak memasang Perangkap Minyak
@mbpp_official KEMPEN PENDIDIKAN AWAM - PEMASANGAN PERANGKAP MINYAK DI PREMIS MAKANAN Semua pengusaha premis makanan diwajibkan memasang dan menyelenggara perangkap minyak (grease trap) secara berjadual di premis masing-masing. Secara umumnya, perangkap minyak berfungsi untuk menapis sisa makanan, minyak dan lemak dari air limbahan sinki atau tempat membasuh. Ini bertujuan untuk mengelakkan sisa makanan, minyak dan lemak agar tidak disalurkan terus ke parit awam yang boleh mengakibatkan parit/longkang tersumbat, pencemaran alam sekitar, bau busuk, kehadiran makhluk perosak seperti tikus, lipas, nyamuk dan sebagainya. Majlis Bandaraya Pulau Pimang menerusi Jabatan Perkhidmatan Perbandaran akan membuat pemeriksaan dan pemantauan dari semasa ke semasa ke semua premis-premis makanan di kawasan pentadbiran ini. Tindakan penguatkuasaan dan denda sebanyak RM1,000.00 akan dikenakan kepada pengusaha premis makanan yang tidak mematuhi peraturan ini mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 69 - Melakukan sesuatu kacauganggu atau apa-apa kotoran atau menyalurkan atau menyebabkan disalur di dalam atau di atas tebing mana-mana anak sungai, saluran parit awam atau alur-alur air. Bersama-sama kita memastikan persekitaran awam bersih dan sejahtera serta meletakkan piawaian premis-premis makanan berada di tahap tinggi. “Memimpin Sambil Berkhidmat” #mbpp #bandarmesrausia #PendidikanAwamMBPP #perangkapminyak #greasetrap ♬ original sound - Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP-RASMI